assalamualaikum
1/2/12 .hari paling bersejarah dalam hidup aku . mengalami situasi yang tidak pernah aku bayangkan walau dalam mimpi terjadi kepada aku akhirnya . kemalangan motor yang sememangnya bukan salah aku (memang betul pon) .
kisahnya bermula apabila aku dalam perjalanan ke kelas Plant Biotech pukul 8.30 time tu . di highway selekoh nak masuk Jinjang selatan tu tiba-tiba kereta mewah pesen lama himpit aku dari sebelah kanan motor aku . kali pertama himpit tu aku elok ja motor kemik sikit lah kan .then orang tua cina tu tidak puas hati ke aku kot .himpit lagi sekali . disitulah jari-jari kaki kanan aku patah dan kaki aku lebam . motor aku sihat walafiat ja , niat aku nak teruskan ja perjalanan ke kelas ja tp aku yang terpaksa berhenti tepi jalan sebab tiba-tiba kaki aku bergegar tak boleh nak control .aku duduk situ macam orang tak betul . 5 minit kemudian peronda-peronda POLIS tu lalu depan aku and pick aku bawa ke hospital HKL . syukur ALHAMDULILLAH .
mungkin silap akulah pakai selipar haritu . aku pergi ke kelas dengan style simple jeans ,t-shirt hitam lengan panjang padanlah dengan selipar kan .masalah-masalah .kalau ikut memanglah takkan ada apa-apa dengan kaki kalau pakai kasut (bak kata doktor tu bila dia marah aku...tettt ! dah sakit-sakit pon kena marah lagi) .
seminggu sekali pergi check up di hospital, yang aku tak puas hati tu .aku kena tunggu dari pagi ke petang untuk tunggu giliran jumpa doktor,x-ray kaki, Ap kaki .oh capek deh !
aih mengomplain sejalah aku ni .semua ni dah takdir jadi ke aku .redha ja lah .
Ya Allah permudahkanlah segalanya, berilah kesembuhan kepada kaki, ketenangan dalam hatiku .amin ya Rabb .
setelah beberapa minggu ni (setelah eksiden motor) ,aku duk menTEMBAMkan lagi badan aku ni dek kerana kurang bergerak . kaki sakit lah katakan .tapi duduk rumah lama-lama ni sangatlah memboringkan .
aku nak hangout lagi, shopping lagi ,makan-makan kat luar lagi ==' .kerja aku sekarang selain menunggu masakan dimasakkan, pakaian dicucikan ,nasib baik mandi x dimandikan . mayat hiduplah aku jadinya nanti :(
inilah SHEERO(bukan nama sebenar) .Scooter aku yang menemani aku kemana-mana sahaja aku pergi .tengok dia elok ja kan .
sekarang tengok keadaan aku .sadisss !
at last pergi kemana-mana pon TONGKAT menjadi peneman aku .
sekian ^^

No comments:
Post a Comment